Rakaman ini juga adalah sebahagian dari aksi kemuncak ketika saudara Tokiol bertungkus lumus untuk menaikkan sinsilog kopungitan.Lihat sahaja cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pakar penyelam ini..jika berlaku sebarang kesilapan ketika hendak menyelam alamat buruk padahnya kerana air sungai yang sangat deras boleh membawa padah.Ramai penyelam yang pernah melakukan kesilapan di sini sebelum ini iaitu pernah berlaku sejak tahun 1970an dan 1980an dan istilah
kasandang langou (hingus meleleh sampai bahu) adalah istilah yang paling sesuai dimana penyelam terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan diri untuk melepaskan diri dari terperangkap dibawa arus ke dasar sungai.Malah,ada dikalangan penyelam yang menjadi
phobia dan menjadikan kenangan terperangkap disini sebagai salah satu mimpi buruk yang sangat sukar dilupakan.Inilah cabaran kopungitan..lubuk asli yang masih menyimpan pelbagai cerita misteri tentang kewujudan makhluk halus dan penulis sendiri punya pengalaman tersendiri tentang hal ini.Apapun, lubuk ini jugalah yang masih dihuni oleh ikan jenis
kelah yang mempunyai saiz sehingga melebihi 3kg beratnya.Kalau berkesempatan, penulis ingin sekali untuk membawa anda melawat lubuk kopungitan yang penuh misteri...
No comments:
Post a Comment