Tuesday, 14 July 2015

Keunikan Lubuk Miniansip ( Kopungitan )

Satu lagi lubuk yang paling sukar untuk " diserang "di Kopungitan iaitu lubuk Miniansip. Sehingga kini belum ada penyelam  yang mampu menyelam sehingga ke dasar lubuk tersebut. Keadaan jeram yang tinggi dan air yang deras adalah satu halangan paling sukar. Walaupun nampak agak sempit tetapi kedalaman lubuk ini cukup memberi tekanan kepada kumpulan kami untuk membuat keputusan sama ada ingin mencuba atau sebaliknya. Di tambah lagi dengan cerita kemunculan buaya putih di lubuk ini, rasa seram sehingga menaikkan bulu roma tetap akan timbul bila berada dikawasan lubuk ini. Kisah buaya putih yang pernah diceritakan oleh nenek moyang kami adalah satu cerita yang masih menjadi misteri dan ianya cukup menyeramkan bila berada di kawasan lubuk ini...Apapun dengan tujuan yang baik iaitu hanya ingin berkongsi rezeki di sungai ciptaan Tuhan ini, kami memberanikan diri untuk mencuba nasib...
Pada  bulan Mac 2015 ketika kemarau mencapai tiga bulan, saya dan rakan saya (ponog, brde dan ondu) berjaya memasuki lubuk tersebut beberapa kali tetapi hanya di bahagian hilir memandangkan hulu lubuk tersebut terlalu dalam..sayangnya jumlah tangkapan ikan kelah yang bersaiz 2 kg  lebih dan beberapa ekor sinsilog sengaja untuk tidak dirakam atas sebab sebab yang saya tak boleh jelaskan di sini...Serangan pertama sekitar jam 3 pagi, hasil yang diperolehi cukup memuaskan. Beberapa hari selepas itu kami cuba menggunakan jaring tetapi seperti biasa raja ikan memang dapat menghidu jaring tersebut yang di pasang sepanjang malam. Cuma satu teknik iaitu menyelam pada waktu subuh dan ketika itu kami mengalami pelbagai situasi aneh tetapi mengganggap keadaan tersebut satu perkara biasa memandangkan kawasan tersebut juga dihuni oleh makhluk yang lain di bumi ini. Tetapi bukan semua penyelam mampu memperolehi tangkapan di lubuk ini dan saya berani katakan bahawa penyelam perlu "berkenalan dengan penjaga lubuk" sebelum memperolehi hasil yang lumayan...

  




                           

Tangkapan Lolotingan 2015

Salam untuk semua...sudah terlalu lama saya tidak melawat apatah lagi berkongsi cerita mengenai kewujudan spesis sinsilog dan raja sungai (ikan kelah) dalam blog ini. Maaf kawan kawan...kesibukan membataskan waktu untuk saya  update blog usang ini..  Apapun kali ini saya berkongsi maklumat serta aktiviti memburu ikan kegemaran ini..dan sudah pasti lubuk yang akan memberikan cerita yang amat menggembirakan bagi saya dan rakan rakan tidak lain dan tidak bukan iaatu ubuk keramat Lolotingan di Kg Sayap..
Seperti pada tahun tahun yang sudah, kemarau panjang adalah waktu yang ditunggu tunggu untuk menyerang lubuk keramat ini..Hasilnya memang menakjubkan..









Penulis  bersama hasil tangkapan di lubuk Lolotingan manakala gambar paling bawah adalah rakan yang menduduki rangking teratas dalam senarai penyelam yang paling berani di Kg Sayap..






Sunday, 1 April 2012

Penghuni lubuk kopungitan 3


Ini adalah sebahagian dari penghuni lubuk kopungitan.Tangkapan ini dilakukan pada waktu malam dan hasilnya amat memuaskan.Walaupun terpaksa bertarung dengan air yang sangat sejuk pada waktu malam namun hasilnya tetap berbaloi.

Penghuni Lubuk Kopungitan 2

Rakaman ini juga adalah sebahagian dari aksi kemuncak ketika saudara Tokiol bertungkus lumus untuk menaikkan sinsilog kopungitan.Lihat sahaja cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pakar penyelam ini..jika berlaku sebarang kesilapan ketika hendak menyelam alamat buruk padahnya kerana air sungai yang sangat  deras boleh membawa padah.Ramai penyelam yang pernah melakukan kesilapan di sini sebelum ini iaitu pernah berlaku sejak tahun 1970an dan 1980an  dan istilah kasandang langou (hingus meleleh sampai  bahu) adalah istilah yang paling sesuai dimana penyelam terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan diri untuk melepaskan diri dari terperangkap dibawa arus ke dasar sungai.Malah,ada dikalangan penyelam yang menjadi phobia dan menjadikan kenangan terperangkap disini sebagai salah satu mimpi buruk yang sangat sukar dilupakan.Inilah cabaran kopungitan..lubuk asli yang masih menyimpan pelbagai cerita misteri tentang kewujudan makhluk halus dan penulis sendiri punya pengalaman tersendiri tentang hal ini.Apapun, lubuk ini jugalah yang masih dihuni oleh ikan jenis kelah yang mempunyai saiz sehingga melebihi 3kg beratnya.Kalau berkesempatan, penulis ingin sekali untuk membawa anda melawat lubuk kopungitan yang penuh misteri...

Penghuni Lubuk Kopungitan


Rakaman ini dibuat pada bulan Mac 2010 iaitu musim kemarau yang berlanjutan selama hampir dua bulan. Pada masa itu lubuk kopungitan yang memang sudah sinonim dengan kedalaman yang agak luar biasa( bagi mereka yang pakar menyelam) akhirnya dapat diserang secara beramai ramai. Seorang  pakar menyelam iaitu s saudara Tokiol dengan bantuan rakan rakan yang lain berjaya menaikkan beberapa ekor sinsilog yang bersaiz sederhana pada waktu siang. Lihatlah telatah dan aksi kawan kawan yang begitu excited meraikan kejayaan yang tidak pernah dialami sebelum ini...penghuni lubuk kopungitan akhirnya tewas dengan kepakaran rakan kami...tahniah.